Sabtu, 26 November 2016

TIPS CEMERLANG DALAM KARANGAN SPM

TIPS TIPS UNTUK CEMERLANG DALAM KARANGAN SPM

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG


KARANGAN CEMERLANG
Pelajar mampu menghasilkan karangan cemerlang dengan syarat:-

1memahami kriteria dan pemarkahan karangan cemerlang untuk karangan berpandu dan umum.
2memahami cara memulakan karangan ( Perenggan Pengenalan)
3memahami kaedah untuk mengembang isi. ( Perenggan Isi)
4memahami kaedah menulis penutup ( Perenggan Penutup)
5tahu cara mengesan kata kunci untuk menentukan kehendak dan keperluan isi yang perlu ditulis.
6menguasai kemahiran tatabahasa, dan membina ayat yang kreatif.
7mengetahui format karangan yang hendak ditulis berdasarkan kehendak soalan.
8menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana, dan tanda baca.
9kaya  kosa kata atau  perbendaharan kata.
10mempunyai pengetahuan luas.
11mempunyai strategi dalam menentukan fokus karangan yang hendak ditulis.
12mempunyai pengetahuan frasa manarik yang luas seperti peribahasa, kata-kata hikmah, kata-kata pemimpin, ayat Al Quran, Hadis, dan sebagainya.
13Kerap membuat latihan merupakan syarat terakhir.




       Di atas merupakan beberapa syarat yang saya tuliskan sebagai panduan kepada pelajar untuk menghasilkan karangan cemerlang . Menghasilkan karangan cemerlang tidak sesuakar yang ditanggap oleh pelajar tetapi mudah untuk lulus tetapi sukar untuk menggapai tahap cemerlang atau cemerlang atas. Saya sendiri sebagai seorang guru perlu menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan cemerlang. Namun, dengan dasar langit terbuka, dan maklumat di hujung jari mempermudah sesiapa sahaja untuk menghasilkan karangan cemerlang.

MAKLUMAT MENGENAI KARANGAN CEMERLANG










KENAPA PENGENALAN SESEBUAH KARANGAN SANGAT PENTING?
HANYA PELAJAR YANG BIJAK, KERATIF, SERTA MEMPUNYAI DAYA
KREATIVITI YANG TINGGI SANTAI SEMASA MENULIS BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN. IMPAKNYA......
MENGIZINKAN SAYA BERBUAT BEGITU. INSYAALAH SAYA AKAN LAMPIRKAN CONTOH KARANGAN PELAJAR TERBAIK SEBAGAI PANDUAN PELAJAR.

SETERUSNYA CARA MENGHASILKAN ISI KARANGAN YANG BAIK



CONTOH MENULIS KARANGAN BERPANDU

CONTOH PENULISAN PENGENALAN MENGGUNAKAN PENGENALAN JENIS LAGU ATAU PUISI
 CONTOH CARA MENGEMBANG ISI MENGGUNAKAN KAEDAH DEDUKTIF

 CARA MENULIS PERENGGAN PENUTUP
CONTOH PELAJAR TERBAIK (KARANGAN UMUM)
LATIHAN KERTAS MODEL 1 BUKU LATIHAN TWITTER TING. 5




 Diharapkan para pelajar melihat bagaimana pelajar di atas menulis karangan di atas dengan mengambil kira kriteria karangan cemerlang semasa menghasilkan karangannya. Di samping, pelajar perlu melihat bagaimana pelajar di atas menulis setiap perenggan seperti perenggan pengenalan, perenggan-perengan isi dan perenggan penutup. Lihat kreativiti pelajar berkenaan dengan mengaplikasi jenis pengenalan yang di pelajari, cara perenggan isi dikembangkan terutama menggunakan kaedah deduktif, dan menyelitkan frasa menarik, dan cara menulis karangan penutup. Tahniah saya ucapkan kepada Farhana kerana dapat menghasilkan karangan pada tahap Cemerlang Atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan